Wednesday, September 16, 2009

My Feveret Drama..Nur Kasih

nur kasih

At 1st, xde pon rase teringin or even interested nk tgk drama ni..sbb mase tgok iklan kt tb3, rase cte ni cm cite sesuai main waktu bulan pose je..haha.citer ni start men kat tb waktu tu aku nga cuti sem 3bulan dok uma..sekembalinya aku kat uia bulan july aritu, ntah knape, aku rase riuh rendah kwan2 aku cter pasal nur kasih.. So, 1day aku g discussion kat library ngn groupmate aku, one of member aku ni bawak laptop even actually xde purpose pon laptop tu,saja nk memberatkan tangan sendiri mengangkot dari Mahalah Safiyyah tuh. after discussion tu abis, rase mlas lak nk terus balik bilik sbb best je dok kt libry,sejukk..so aku pon menggatal la bukak2 semua folder dalam laptop tue.aku ckp ngn dia nk amik cter best2.mlas download.and then, aku ternampak la folder "NUR KASIH". aku tnye dia, "sedap ke cter nih?". lom sempat si tuan laptop ni jwab, kekawan aku semua da start memekak tepi telinga aku n cter lak pasl cter ni.. n yg plg jelas aku dengar, diorang sangat bangga sebab ada scene2 yg dilakonkn dlam UIA.hehe.so aku ckp." keyh2..aku amek r cter ni..kang mlm aku tgok k..so stop r cter..hehe"

Malam tue pas siap semue keje2 aku, aku pon bukak la cter NUR KASIH yang dikatakn sedap sgt tuh.. so aku tgok..memandang kn sok nye AHAD, so its okey la nk abiskn semua episode cter tu..seingat aku mase tu aku amik smpai episod 5.kire latest la..haha..yerp3.. sangat setuju ngn kawan2 aku..cte ni best sgt..actually, selame ni aku ni bukan suke sgat nk tgk drama Melayu.bukannye kenapa..kekadang drama2 tempatan ni stereotaip sangat.balik2 nk cter pasal mende yg same..sometimes cter2 tue xde pon dlm realiti..tu yg aku malas nk tgk..(oops..jgn marah penyokong cter melayu, i'm just telling the truth..correct me if I'm wrong keyh)

Neway, after tgk drama Nur Kasih ni, seyesly tabik spring kat dia punya pengarah, Khabir Bhatia. Seorang pengarah muda kelahiran New Delhi yg dah bukan 1 new way for local filem industry. pada aku lah,Khabir Bahtia nih sangat la bijak mncari dan membidik pemikiran penonton. not only dat, dia sangat terer lah bermain ngn nature.. as a proof, sinematografi yg dia guna dalam Nur Kasih memberi impak yg amatla berkesan kpd karya dia. Selain pengarah nya, penulis skrip nya juga ( Mira Mustaffa) ngn dia punya assistant(Maizura Mohd Ederis) juga bijak dlam menulis skrip sehinggakan drama ni nampak hidup n cover semua aspek..ada aku terbaca kat 1blog ni.. blog Maizura tu kot klu xsilap, dia memberitahu bahawa Nur Kasih bukanlah drama dakwah,tapi drama cinta dan keluarga.. no matter what la genre nye kan, tp cite macam ni la yg ptt n diharapkan kat tb..Bukan ape, aku ni peminat sinetron, since umah aku dpt channel indonesia(SCTV and RCTi), aku perasan citer2 diorang cm Nur Kasih ni lah.. citer yg berbentuk keagamaan tapi ade unsur <3 and kekeluargaan.. semua aspek covered kn? So, local industry kene take a look ckit..xsalah kalu kite memperbanyakkan drama dan filem sebegini kerana kebejatan sosial sekarang mula menghakis nilai-nilai kemanusian, kecintaan dan sebagainya dari dalam diri.tol x?haha..aku xmengarot kn..

haha..jauh dah lari..cm pengkritik plak aku ni..neway xpe kan..haha..positif maa..back to Nur Kasih, sinopsis dia sbnrnye cmni..

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina.Selanjut nye..? jom la tengok citer nie..hehe..

aku biase nye tgok kat website nih..
EagleBlog

xpon..
akudarahanakmalaysia

xpon kat youtube..


hehe..aku suke sgt ngn dia nye themesong: Nur Kasih by Yassin and Eena Houzyana..best..

Dailog pilihan yg aku suke ingat..
"Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang..." (Hajjah Khadijah)

ade ag..

"Isteri orang ada intan berlian, isteri abang?"
"Isteri abang, ada abang..."
[Ustaz Hassan and Hajah Khadijah, Nur Kasih]http://www.emocutez.com

ni lak scene2 yg dibuat kat UIAM.:)
nur kasih,shaz mosque,uia

ni kat Masjid UIAM taw..bukan Kaherah..

nur kasih,iium,shaz mosque


huhu..cter ni mang best..xsabar tgu ari jumaat...pastu download agih..pastu tgok agih..huhu

tq kt kekawan aku yg asek cter pasal cter ni kt aku dlu..last2..aku yg da addict gile..huhu..k la..smpai cini je post kali nih..

c u next time..
http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment