Sunday, September 13, 2009

One of My 1st Test..:)

HAa.. kalau nak tau.ni lah salah satu 1st test aku..test ISLAMIC CRIMINAL LAW..
Test ni lecturer aku wat as take home test..tp agak la susah nye.. pas aku wat test ni aku dpat blajar cm2 perkara.n skrg aku da mula berani ntuk myokong certain2 pendapat..slah stu nye pasal kekeliruan masyarakat punca polemik tentang isu sebatan Kartika. So, Jom bace..!http://www.emocutez.com

Keputusan hukuman sebatan yang dikenakan ke atas Kartika Sari Dewi Soekarno yang telah diputuskan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan telah ditangguhkan pelaksanaannya, telah mengundang pelbagai polemik. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan polemik ini tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.

Adalah diperingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri.

Di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Namun demikian, setakat ini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.

Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah bagi hukuan kesalahan jenayah syariah juga sangat terhad iaitu denda maksimum sebanyak (3:5:6)RM 3,000.00, 5 bulan penjara dan enam kali sebatan. Jelas peruntukan berkaitan hukuman 6 kali sebatan ini telah diperuntukkan di bawah Undang-undang Jenayah Syariah dan tidak timbul sama sekali samada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa atau tidak sebaliknya. Mahkamah Yang Mulia sedang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.

Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya. Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang.

Justeru, sewajarnya semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, yang menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika Sari Dewi Soekarno dan menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Perkara yang harus ditegaskan adalah bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri, maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sahaja (dalam kes ini Mahkamah Syariah itu sendiri) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak. Justeru adalah sangat kecewa terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan daripada luar negara.

Yang jelas, Kartika Sari telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati.http://www.emocutez.com

Prinsip Kartika Sari dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati. Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan Mahakamah Yang Mulia ini dan pendirian Kartika Sari dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.

Kesimpulannya,adalah diseru agar hukuman ke atas Kartika Sari Dewi ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengkonsumsi arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut.Turut berharap agar umat Islam mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini untuk bukan sahaja berhenti menjual dan meminum arak, bahkan semua amalan-amalan yang dilarang oleh Islam.

artikel ni diadaptasi dari website ABIM.. sapa yang membangkang ABIM xyah baca keyh..http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment