Friday, September 4, 2009

Ramadhan Al Mubarakh

Aku harap, aku masih lom terlambat nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan2 yg menziarahi blog nie.
Ramadhan pastinya bererti kepada setiap Muslim kerana ia nya dianugerahkan hanya sekali dalam setahun.

Ramadhan sepatutnya membangkitkan rasa insaf dalam diri setiap Muslims.Begitu juga aku. Setiap Ramadhan pastinya meninggalkan sesuatu dalam diri aku. Tahun ni.. aku menyambut Ramadhan bersama family aku..walaupon aku sibuk dengan
clas, assignment, tp aku berusaha gak nak sambut puasa ngn family aku..and aku rs sgtla puas sebab dpt sahur dan berbuka ngn semua ahli keluarga aku. Ramadhan kali ni betul2 menyedarkan aku tentang pelbagai perkara.

masa puasa ketiga, mase tu aku da pon balik uiam, aku da start buka ngn kwan2 baik aku (marinie&Fatin). Malam tu, aku dapt sms dr ibu. Ibu ckp kwan erin(adik aku) accident waktu dlam perjalanan ke rumah aku. yg wat aku lagi tersentak ialah, salah sorang dr kawan adik aku tu, meninggal dalam kejadian..Accident tu melibat kan motosikal dan lori. Menurut kwan adik aku yg sorang lagi, arwah meninggal di tempat kejadian (bawah lori), dan Alhamdulillah, diorang ckp, diorang sempat ajar arwah mengucap dan arwah pergi dengan menyebut kalimah Allah tu. Aku doakan yg roh arwah dicucuri Rahmat Allah.(Al-fatihah).Pastinya aku sgt sedih. tp aku tahu adik aku mesti lagi sedih.. hal ni wat aku sedar yg ajal tu sgt dekat ngn semua manusia. Ajal jugak adalah perkara yg kite xboleh tolerate or negotiate. perkara ni wat aku rase sangat insaf dan aku sedar betapa harusnya untuk aku beramal n bertaubat dr sekarang.

Jadi kawan2, ape yang aku leh simpulkan sekarang ni ialah kita harus sentiasa ingat bahawa Allah mempunyai kuasa ke atas kite.. Ajal dan maut di tangan NYA. Kalau kite ade intention nk wat dosa, sematkanlah dlam pemikiran kite yang mungkin kite akan mati tanpa sempat bertaubat kepada Allah. InsyaAllah, kita akan menjauhi segala dosa2 tersebuthttp://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment