Friday, June 25, 2010

My First Bestfriend

Do you remember who was your first friend in your life?
I do remember.=)
kitorang membesar bersama-sama=)
Even until now, kitorang still kawan.
Harinie, bongkar-bongkar laptop ayah, jumpa satu folder namely "eka&ejul"
Hik3.bila bukak folder tu..
Jumpe la gambar2 kami waktu kami kecik-kecik dlu..

His name is Zulkefli Nazri=]
Kitorang kawan since baby.caye x?
Kalau x caya, tengok ni..

I'm sure u guys can guess which one is me.
Hehe..I'm pink.He's on blue.
Muka innocent gile..
Masa nie, ayah kata saya xpandai jalan pon lagi. Zul pon.haha

This one plak during my 4th birthday.
Looks! Nothing much changed, except we're growth up..
Haha.So ni la BFF since BABY!
Bila dah besar..
Dia sgt susah nk amik gambar..
btw, semalam bru lepas emailkan semua gambar2 ni kat dia..

PS, Zul.Friends Forever :)

Thursday, June 24, 2010

Rawatan Gigi 2 kali Setahun

Bulan 6 dah nak habis.dah nak masuk bulan 7. Tapi tahun ni still belom jumpa dentist.. Kalau dulu, dah selalu disiplinkan diri jumpe dentist bulan Jnuari and June.Tapi tahun ni boleyh pulak xbuat langsung..Dah mula risau ni.Sebab since gigi bongsu tumbuh sekali gus aritu xde pon refer doktor.Semuanya sebab takot.Sebab xpernah rasa sakit gigi macam tumbuh gigi bongsu aritu. Tapi harini, lepas balik dari Pakar Utama tadi lepas rawat penyakit aku ni, before keluar pintu hospital tu, tangan ni g gatal amikarticle2 yang ade kat ctu tentang gigi..alamak terasa scary pulak.xpe mari kite bershare2 story mori nih.
Kawan-kawan, tahukah kamu semua bahwa kite harus membuat rawatan gigi 2x setahun untuk pastikan gigi dan mulut kita sihat?Mangla scary jumpa doktor gigi, tapi utk kebaikan kita jugak. Sebab gigi kita ni cermin kepda kesihatan kita. Masalah gigi, gusi, n mulut ni sebenarnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada diri kita.Contohnya sakit jantung.
.:.terbacalah 1 artikel nih..
Bakteria di dalam mulut menyumbang kepada penyakit jantung dan kencing manis.
Tahukah anda, penyakit gusi yang menjadi penyebab utama orang dewasa kehilangan gigi sebenarnya berkait rapat dengan penyakit jantung dan kencing manis yang merupakan antara pembunuh utama di dunia.
Menurut Pakar Periodontal dan Bedah Gigi, Dr. Yong Hui Ping, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia berdepan dengan masalah gusi dengan lebih 30 peratus berada di tahap serius.
“Penyakit gusi bermula dengan pengumpulan plak bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut.
“Ia akan menyebabkan gusi mengalami radang lalu bertukar merah dan teksturnya lembik. Gusi terasa pedih kerana membengkak dan mudah berdarah semasa menggosok gigi, makan mahupun ketika menelan air liur.
“Jika keadaan ini berterusan tanpa rawatan, bakteria di dalam mulut akan memakan sisa makanan kemudian merembeskan toksik yang akan menyebabkan gusi lekang daripada gigi, seterusnya membentuk lekuk antara gigi dan gusi,” katanya.
Tambah Hui Ping, gingivitis yang dibiarkan untuk satu tempoh yang lama akan mengundang penyakit gusi yang lebih serius iaitu periodontitis.
“Ramai menganggap warga emas atau orang dewasa sahaja yang mendapat penyakit ini. Tanggapan itu salah sama sekali kerana plak dan bakteria yang dibiarkan membiak dalam mulut selama bertahun-tahun mampu menyerang gusi tanpa mengira faktor usia. Ramai juga remaja yang menghidap periodontitis,” katanya.
Bakteria ikut saluran darah
Pada tahap serius, jangkitan kuman di bahagian gusi boleh memusnahkan ligamen dan merosakkan tisu serta tulang penyokong gigi. Malah, gusi boleh bercerai daripada gigi dan paras tulang gigi merosot.
“Periodontitis yang teruk menjadikan gigi kelihatan lebih panjang dan kedudukannya berubah. Ia menimbulkan rasa tidak serasi apabila pesakit menggigit makanan.
“Gusi menjadi lebih sensitif serta sakit ketika mengunyah. Nafas pesakit pula berbau busuk dan sukar dihilangkan.


“Jika pesakit mengalami simptom tersebut tetapi tidak mendapatkan rawatan pakar, nanah mudah terbentuk dan kehilangan tulang gigi semakin kerap terjadi. Akhirnya, gigi kekal mula longgar dan mudah tertanggal,” jelas Hui Ping.
Kurang bersenam, pengambilan makanan tidak seimbang, merokok, tekanan darah tinggi dan kencing manis sering menjadi punca penyakit jantung.
Namun, beberapa kajian mendapati faktor tersebut belum dapat dikaitkan sepenuhnya dengan pembentukan arteroskelorosis iaitu pengumpulan plak lemak ke dalam salur darah yang menyebabkan serangan jantung.
Penemuan ini mendorong ramai penyelidik lebih memberi tumpuan kepada kaitan antara penyakit periodontitis dengan penyakit koronari jantung.
Berdasarkan kajian oleh pasukan penyelidik yang diketuai Dr. Arne Schaefer dari Universiti Kiel, Jerman, didapati wujud persamaan antara kuman yang ditemui pada rongga mulut dengan kuman yang ada di plak-plak koronari jantung.
“Kita temui gen yang menghubungkan dua keadaan itu pada kromosom 9. Hubungan gen tersebut dengan serangan jantung sebelumnya memang telah diketahui. Namun, dalam kajian kali ini, gen tersebut ditemui pada pesakit yang mengalami periodontitis tahap awal.
“Ini bermakna kuman di dalam gusi bermasalah akan memasuki saluran darah. Ditambah dengan faktor lain, plak lemak akan terbentuk dan menyekat saluran tersebut,” kata Schaefer.
Penghidap periodontis lebih berisiko mendapat serangan jantung kerana bakteria daripada mulut boleh menjangkiti kawasan lain dalam badan dan menyebabkan tindak balas keradangan.
“Sistem imun badan akan mengesan kehadiran bakteria ini dan bertindak balas untuk menghapuskannya.
“Tindak balas ini menyebabkan pelbagai kesan keradangan, terutama pada sistem kardiovaskular dengan menebalkan dinding saluran darah.
“Keadaan ini kerap berlaku pada pesakit jantung. Individu yang menghadapi masalah periodontitis mempunyai risiko 24 peratus lebih tinggi mendapat penyakit jantung koronari,” ujar Hui Ping.
Kajian yang dijalankan mendapati bakteria serta kimia yang dihasilkannya boleh memasuki salur darah secara langsung dan akhirnya sampai ke bahagian lain yang jauh ke dalam seperti sel endotelium pada salur darah,” tambah beliau.

=======================================================
takotkan?
Saya yang selalu flos gigi and gosok gigi n even guna mouth rinse ni pon da sangat risau. So kawan-kawan yang lain, marilah kite tingkatkan kesedaran diri kite semua tentang kesihatan,OK?
Saya sendiri xsanggup nak habis duit bebanyak ntok rawatan kesihatan..jadi..baik kite cegah dari kena merawat.

So arini dah berazam.Lepas anta adik g Penang esok. Balik nk g dentist.
Nak buat Scaling kot. Gigi sekarang pon cm da xputih sangat.. Kalau xsempat, buat kt KL jelah..
nak ajak my syg pergi sekali..hee~




*rainbow,jom g dentist.kite check same2...=]

Wednesday, June 23, 2010

Curiousity

2-3 hari nie, ada je nombor-nombor yang xpernah ku lihat terpampang di skrin hp ku yg sgt kecik ni.
Sape erk? tak tahu la kenapa.tp hati ni mengeluarkan sejenis instinct yang aku sgt xsuka.
hari ni pulak, ade 2 nombor baru pulak.
first, wat-wat salah number.. tp hati ni mengesyaki seseorang..tp kalu dia tu.xpe la.bukan ape sgt..
cume yang merisaukan hati adalah nombor kedua. aku pernah terberitahu sorang perempuan ni dia agak rapat ngan orang aku pk ni yang aku xpnah tukar nombor fon pon.
Just nk get rid from him, then aku xon no
and suddenly, ade nombor ni.miskol smpai berkali2.and lastly, dia sms aku, tanya "pka ea"
aku jawab "yerp ni sape?" tp dia xreply sampai sekarang.
Gulp...adakah dia..? tolonglah.jangan dia...
xmau dia jumpe aku lagi...
=[

*where's my rainbow?

Wednesday, June 16, 2010

Orang Buat, aku pon nak buat gak



Ni nama nya xde keje lain..haha..
Balik rumah pon semata-mata nak tengok FIFA..
best giler tgk ngan abah saya..
dia guna projector..
pancarkan kat dinding ruang depan..
xguna dah tv plasma dia..haha
dia ckp xcukup besar..
pastu semua orang pindah dok kat depan..
tinggal ibu saya sorang je kt lounge room..
padan muka ibu..
sapa soh xnak join..:P

Saya suka Argentina..
Sebab ada Lionel Messi..
Currently, he plays for Barcelona ngan Argentina National Team
Suka dia sebab dia teror n comel
haha..tak ade smangat bola langsung..
usha muka player je. ;P
nak usha muka pakwe takde pakwe lah pulak



haa tgk tu.. comel kan..;p
tu je nak bagitawu
pasal tajok tu..sbenarnya pasal jersey tu
semua orang dok buat kat fb..hehe
saya pon wat jugak la..
xD

*p/s: tatkala gelombang Piala Dunia dtg, janganlah terlalu leka sampai lupa akan isu Palestin