Monday, March 14, 2011

Japan Earthquake &Tsunami


Siapalah tak dengar cerita pasal ni kan.? Last friday, Negara Jepun dimana lelaki comel sangat ramai di sana diserang oleh Tsunami yang mengakibatkan kematian, kemalangn jiwa, kemusnahan harta benda dan pelbagai lagi. Sad of what was happened to Japan. Bila tengok semua yang berlaku kat Jepun, rasa takut sangat. tetibe diri ni terfikir pasal kiamat. Tetibe dok terfikir cerita 2012. Kalau perasan, bencana ni Allah turunkan kat Jepun betol-betol pada hari Jumaat. Terasa insaf datang dalam diri ini. Yelah. Bila bila saja Allah boleh turunkan kita bala tanpa kita sedar malahan tak terfikir pun dek akal kita. Seperti yang sedia maklum, Allah Maha Berkuasa. Allah boleh tahu apa yang kita fikir, apa kita nak buat, apa kita rancang. Tapi kita sebagai manusia yang lemah tak mungkin boleh predict apa yang Allah akan beri, tarik, dari kita pada bila-bila masa
 pon.


Terbaca Tentang Ini


[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1)



Diterjemahkan.


Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga Ilmu (Agama) akan diambil (dengan kematian orang yang berilmu),Gempa Bumi berlaku dengan amat kerap,masa berlalu dengan amat pantas,penderitaan dan huru-hara muncul,pembunuhan akan meningkat dan harta kekayaan akan melimpah dalam kalangan kamu.


Cuba perhatikan Hadis di atas,renungkan,dan kaitkan dengan Kejadian yang berlaku pada hari ini. Gempa Bumi - dalam tahun ini sahaja berapa Gempa Bumi besar telah berlaku?New Zealand,Japan,Indonesia etc etc.Dan perkara-perkara lain dalam Hadis itu,kita dapat lihat banyak sudah berlaku di hadapan mata kita sendiri.

Masa berlalu pantas? (Checked)

Penderitaan dan huru-hara muncul? (Checked)

Dan banyak lagi yang sudah muncul. :(





Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)-Twitter


Kawan-kawan, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita selalu dengar itu kan.? I rasa hikmah yang Tuhan nak tunjukkan pada kita ialah kita kena selalu ingat bahawa Bumi ini milik Allah. Dia ada hak untuk membuat apa sahaja dan Dia juga mempunyai hak untuk ambil balik dari kita bila-bila masa saja. Beringatlah kita tentang kematian, Hari Akhirat dan Kuasa Allah. For those yang buat-buat lawak pasal kejadian ni, tolongla berenti. Ini disaster bukan nya perkara lawak yang kita kena gelak2 kan. mentang-mentang kena kat Jepun bukan kat malaysia, tak bermakna kita ni sentiasa selamat dari bencana. Kita patut rasa insaf ngn semua bala dan bencana yang Allah turunkan. Bukan nya gelak-gelak. Sensitivity itu penting OKEH. !





4 comments: