Thursday, May 26, 2011

Drama Nora Elena


Salam,
Siapa tengok cerita ni? Angkat Tangan!!.
Ok, I yang angkat dulu.ehe.
Balik kerja terus je dok depan TV sebab nak tggu Nora Elena.
Cerita yang I rasa sangat sangat best.
Sebab banyak issue yang raised up dlm cerita ni.
Cerita ni kesahnya pasal Cinta Mangsa Rogol.
 Sinopsis nya adalah seperti berikut, (rembat kat Mr. Google)

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya ye. confirm best nie!



I tengok cerita ni makin hari makin best.

Makin hari makin sweet.
Adeh jiwang pulak.Hehe.

Tp the reason why I tengok cerita ni sebenarnya sebab...


Okey. Sebab mamat Aaron Aziz ni.
Hehe.

Ok korang. 
Sapa2 yang ikot drama Nora Elena ni, Selamat Menonton!
Sape2 yang terlepas boleh tengok kat Tonton dot Com yer
Bye

1 comment:

  1. okayyyyyy.... saya nak angkat tangan jugak:

    \(^.^)/

    best okayyy.. yg buat best tu sbb sgt sweet tgk aaron aziz. pastu beranganlah lebih2. miahahaha.

    ReplyDelete