Saturday, July 21, 2012

Ramadhan. Kita berjumpa lagi

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan. InsyaAllah, ini merupakan Ramadhan terakhir sebagai pelajar uia. Lepas ni dah graduate. InsyaAllah.

Things yang paling rindu about Ramadhan sejak da dewasa ni ialah berpuasa di hostel bersama kawan-kawan di mana akan terasa pilu hati setiap kali teringatkan keluarga. Bila waktu sahur, ibu akan call and kejutkan as to make sure that saya sahur.

Sometimes, mengalir jugak air mata bila terkenangkan waktu berbuka bersama seluruh keluarga. Abah, ibu, papa, mama, atok, nenek, adik-adik yang bermacam-macam perangai. Tapi itu lah manisnya bila berjauhan. Rasa rindu tu akan datang and perasaan untuk menghargai mereka akan makin bertambah.
Seprti 2-3 tahun yang lepas juga bila Ramadhan tiba, semua umat Islam takkan melepaskan peluang untuk mengerjakan terawih. Same as me. The most beautiful thing in my life was performing terawih at Masjid UIA. Masjid UIA memang terkenal dengan sok-sok kehidupannya di Arab Saudi sebagai penghormatan di mana ramai student-student dari Arab Saudi datang belajar di UIA. Jadi terawih di UIA dikatakan seakan-akan sama dengan terawih di Mekah al-Mukaramah. Alhamdulillah, sepanjang belajar kat sini, memang akan grab the chance to perform terawih there. Yelah, nanti dah kerja bila lagi kan? :) tak percaya, cubalah. pasti takkan menyesal.

Jadi, di Ramadhan kali ini saya dengan rendah diri menyeru supaya sahabat-sahabat seIslam saya bersama-sama merebut peluang untuk menambah pahala di bulan yang suci ini. Puasa, Solat 5 waktu, Solat terawih, Solat Sunat, bacaan Al-Quran dan juga menahan sabar serta nafsu lapar dan dahaga, semua itu diberi ganjaran ke atas kita. Ini lah saatnya kita dapat merasakan kasih sayang Allah yang tiada bandingannya terhadap setiap hamba-hamba-Nya yang bertaqwa ke atasnya.

Walaubagaimanapun, haruslah kita ingati bukan di bulan Ramadhan sahaja kita berbuat segala kebaikkan. Anggap sahajalah semua ini latihan supaya walau bukan di bulan Ramadhan pon kita akan sentiasa beribadat  ke atas Allah yang Maha Berkuasa terhadap kita.

Akhir kata, saya Syafiqa Syeba ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog saya dan janganlah kita sia-siakan bulan yang suci ini dengan kehidupan yang tidak memberi faedah. Dan janganlah hanya berpuasa sekadar hanya menhan lapar dan dahaga, kerana sebagai khalifah di bumi ini kita wajib untuk mencari keberkatan hidup kita and mencari keredhaan-Nya dengan melakukan ibadat.
Seperti kata ustaz Hamid Jusoh, beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokkan harinya.

#Ya Rabbi, berkatilah Ramadhan ini terhadap aku. Jadikan lah aku wanita yang penuh sabar atas segala dugaan yang aku tempuhi. Terima kasih ya Allah setiap dugaan yang Engkau berikan memberi seribu hikmah yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan dan erti untuk mencintai-Mu Ya Allah. tetapkanlah hati ku untuk bersama-Mu, berada dijalan-Mu dan jadikan agama-Mu sebagai kekasih abadi di dalam hidupku. Amin ya Rabb al-'amin.


Friday, July 6, 2012

Syukur itu pengubat segala kesedihan hati...

Bak kata orang, hidup ni bagai roda. kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita dibawah.

Sewaktu kita di atas, mungkin kita berlaku khilaf sehinggakan kita tak sedar kesenangan kita mungkin melukakan hati orang lain di sekeliling kita. Mungkin kita terlalu gembira dengan kehidupan kita sehinggakan kita mengabaikan kepentingan orang lain. mungkin juga kita berada di dalam keadaan di mana kita lupa bahawa nikmat yg kita rasai itu hanya cebisan nikmat yang Allah berikan utk kita itu juga perlu disyukuri dan tidak disalahgunakan. Mungkinn kita juga lupa bahawa roda itu bukannya senantiasa akan berada di atas..

 Tapi, bila roda itu berputar semula di mana ia meletakkan kita di bahagian yang terbawah, baru kita sedar yang kealpaan kita untuk bersyukur selama ini ditarik sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan gelak ketawa kita itu hilang dari dalam hidup kita malah semakin kecil juga senyuman yang mungkin mampu kita ukirkan.. Segala kesedihan sudah mula menemani kehidupan kita. dan ketika itu air mata mula menjadi sahabat tidur kita. 

Dan pabila kesedihan itu mula datang, bermulalah fasa di mana kita sangat-sangat mengharapkan kasih-Nya, simpati-Nya. 

Tetapi, ingatlah bahawa tiada kegembiraan yang akan kekal dalam kehidupan kita andainya kita lupa untuk bersyukur kehadrat Ilahi.dan ingatlah setiap dugaan yang diberkan oleh-Nya hanyalah kerana Allah masih menyayangi kita dan sesungguhnya Dia rindu untuk mendengar kita merintih pada-Nya.

Dan disaat kita merasakan tiada orang di dunia ini memperdulikan kita, menyayangi kita, merindui kita, Ingatlah, bahawa Allah sentiasa ada untuk kita selagi kita masih menjada iman kita dan mengerjakan suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Alhamdulillah ya Allah. Walaupun aku berasa sangat teruji dengan ujian yang telah Kau berikan, aku masih mampu tersenyum kerana aku sedar bahawa Kau masih menyayangi aku sebagai hamba-Mu. Mungkin selama ini aku terlalu taksub mencintai orang lain sehinggakan aku lupa bahawa aku tidak sepatutnya mencintai mereka lebih dari aku patut mencintai-Mu, merindui-Mu. Terima Kasih ya Allah kerana Engkau mengingatkan aku. 

Wednesday, July 4, 2012

Favorite Wedding



Sama cantik sama padan. Alhamdulillah Allah dah temukan lelaki yang terbaik untuknya. InsyaAllah jodoh mereka dipanjangkan sehingga ke syurga. Amin.

Speechless sebab terlalu terharu tengok video ni. Memang lately macam touching sikit kalau tengok video kahwin. But but but this ONE memang sangat sweet.! Irma was so cool. and each time tengok je video ni mesti akan rasa sangat-sangat adore, terharu and tenang je.. Most probably sebab their wedding sangat-sangatlah bertabirkan keindahan Islam. Almost all ladies n girls pakai tudung. Terharu nya. Subhanallah.... Nak nangis rasa :')