Friday, July 6, 2012

Syukur itu pengubat segala kesedihan hati...

Bak kata orang, hidup ni bagai roda. kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita dibawah.

Sewaktu kita di atas, mungkin kita berlaku khilaf sehinggakan kita tak sedar kesenangan kita mungkin melukakan hati orang lain di sekeliling kita. Mungkin kita terlalu gembira dengan kehidupan kita sehinggakan kita mengabaikan kepentingan orang lain. mungkin juga kita berada di dalam keadaan di mana kita lupa bahawa nikmat yg kita rasai itu hanya cebisan nikmat yang Allah berikan utk kita itu juga perlu disyukuri dan tidak disalahgunakan. Mungkinn kita juga lupa bahawa roda itu bukannya senantiasa akan berada di atas..

 Tapi, bila roda itu berputar semula di mana ia meletakkan kita di bahagian yang terbawah, baru kita sedar yang kealpaan kita untuk bersyukur selama ini ditarik sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan gelak ketawa kita itu hilang dari dalam hidup kita malah semakin kecil juga senyuman yang mungkin mampu kita ukirkan.. Segala kesedihan sudah mula menemani kehidupan kita. dan ketika itu air mata mula menjadi sahabat tidur kita. 

Dan pabila kesedihan itu mula datang, bermulalah fasa di mana kita sangat-sangat mengharapkan kasih-Nya, simpati-Nya. 

Tetapi, ingatlah bahawa tiada kegembiraan yang akan kekal dalam kehidupan kita andainya kita lupa untuk bersyukur kehadrat Ilahi.dan ingatlah setiap dugaan yang diberkan oleh-Nya hanyalah kerana Allah masih menyayangi kita dan sesungguhnya Dia rindu untuk mendengar kita merintih pada-Nya.

Dan disaat kita merasakan tiada orang di dunia ini memperdulikan kita, menyayangi kita, merindui kita, Ingatlah, bahawa Allah sentiasa ada untuk kita selagi kita masih menjada iman kita dan mengerjakan suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Alhamdulillah ya Allah. Walaupun aku berasa sangat teruji dengan ujian yang telah Kau berikan, aku masih mampu tersenyum kerana aku sedar bahawa Kau masih menyayangi aku sebagai hamba-Mu. Mungkin selama ini aku terlalu taksub mencintai orang lain sehinggakan aku lupa bahawa aku tidak sepatutnya mencintai mereka lebih dari aku patut mencintai-Mu, merindui-Mu. Terima Kasih ya Allah kerana Engkau mengingatkan aku. 

No comments:

Post a Comment