Saturday, July 21, 2012

Ramadhan. Kita berjumpa lagi

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan. InsyaAllah, ini merupakan Ramadhan terakhir sebagai pelajar uia. Lepas ni dah graduate. InsyaAllah.

Things yang paling rindu about Ramadhan sejak da dewasa ni ialah berpuasa di hostel bersama kawan-kawan di mana akan terasa pilu hati setiap kali teringatkan keluarga. Bila waktu sahur, ibu akan call and kejutkan as to make sure that saya sahur.

Sometimes, mengalir jugak air mata bila terkenangkan waktu berbuka bersama seluruh keluarga. Abah, ibu, papa, mama, atok, nenek, adik-adik yang bermacam-macam perangai. Tapi itu lah manisnya bila berjauhan. Rasa rindu tu akan datang and perasaan untuk menghargai mereka akan makin bertambah.
Seprti 2-3 tahun yang lepas juga bila Ramadhan tiba, semua umat Islam takkan melepaskan peluang untuk mengerjakan terawih. Same as me. The most beautiful thing in my life was performing terawih at Masjid UIA. Masjid UIA memang terkenal dengan sok-sok kehidupannya di Arab Saudi sebagai penghormatan di mana ramai student-student dari Arab Saudi datang belajar di UIA. Jadi terawih di UIA dikatakan seakan-akan sama dengan terawih di Mekah al-Mukaramah. Alhamdulillah, sepanjang belajar kat sini, memang akan grab the chance to perform terawih there. Yelah, nanti dah kerja bila lagi kan? :) tak percaya, cubalah. pasti takkan menyesal.

Jadi, di Ramadhan kali ini saya dengan rendah diri menyeru supaya sahabat-sahabat seIslam saya bersama-sama merebut peluang untuk menambah pahala di bulan yang suci ini. Puasa, Solat 5 waktu, Solat terawih, Solat Sunat, bacaan Al-Quran dan juga menahan sabar serta nafsu lapar dan dahaga, semua itu diberi ganjaran ke atas kita. Ini lah saatnya kita dapat merasakan kasih sayang Allah yang tiada bandingannya terhadap setiap hamba-hamba-Nya yang bertaqwa ke atasnya.

Walaubagaimanapun, haruslah kita ingati bukan di bulan Ramadhan sahaja kita berbuat segala kebaikkan. Anggap sahajalah semua ini latihan supaya walau bukan di bulan Ramadhan pon kita akan sentiasa beribadat  ke atas Allah yang Maha Berkuasa terhadap kita.

Akhir kata, saya Syafiqa Syeba ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog saya dan janganlah kita sia-siakan bulan yang suci ini dengan kehidupan yang tidak memberi faedah. Dan janganlah hanya berpuasa sekadar hanya menhan lapar dan dahaga, kerana sebagai khalifah di bumi ini kita wajib untuk mencari keberkatan hidup kita and mencari keredhaan-Nya dengan melakukan ibadat.
Seperti kata ustaz Hamid Jusoh, beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokkan harinya.

#Ya Rabbi, berkatilah Ramadhan ini terhadap aku. Jadikan lah aku wanita yang penuh sabar atas segala dugaan yang aku tempuhi. Terima kasih ya Allah setiap dugaan yang Engkau berikan memberi seribu hikmah yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan dan erti untuk mencintai-Mu Ya Allah. tetapkanlah hati ku untuk bersama-Mu, berada dijalan-Mu dan jadikan agama-Mu sebagai kekasih abadi di dalam hidupku. Amin ya Rabb al-'amin.


No comments:

Post a Comment